Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0

gerak khas prihatin 3.0

GKP 3.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan. (FAQ)

Kelayakan Memohon GPK 3.0

  1. Bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini; dan
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan

  1. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021;
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 28 Februari 2021; dan
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.


Tarikh Permohonan GKP 3.0

Permohonan bagi GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April 2021.

Cara Permohonan GKP 3.0

Permohonan baharu GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April sehingga 15 April 2021 bagi PKS yang tidak menerima GKP 1.0 dan GKP 2.0

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM mulai tarikh yang diumumkan.


Nota Penerangan GPK 3.0







LihatTutupKomentar