Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi
Untuk makluman kepada semua pencari kerja di Malaysia seperti pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan sijil, lepasan diploma, lepasan ijazah dan lain-lain kepakaran dan kemahiran, terdapat kekosongan jawatan di Perbadanan Aset Keretapi, Kementerian Pengangkutan Malaysia
Perbadanan Aset Keretapi (RAC) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:
- Penolong Jurutera Elektrik
- Pembantu Tadbir
Penolong Jurutera Elektrik - 1 Kekosongan
- Kelayakan Akademik : Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; - Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 hingga 2 tahun
pengalaman berkaitan.
- Menyelaras isu-isu projek yang berkaitan aset keretapi;
- Menguruskan perkara berkaitan projek;
- Memantau projek pembangunan RAC;
- Menyediakan laporan kemajuan projek;
- Urusetia mesyuarat dalaman dengan pihak ketiga
Pembantu Tadbir - 1 Kekosongan
- Kelayakan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Menguruskan perkara berkaitan rekod dan fail;
- Menguruskan berkaitan pengurusan am pejabat;
- Menguruskan berkaitan perkhidmatan pelanggan; dan
- Menguruskan kenderaan Jabatan.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi perlulah dilakukan secara online melalui laman rasmi Perbadanan Aset Keretapi atau melalui pautan di bawah
Syarat Kelayakan Memohon
Syarat kelayakan dan tata cara memohon untuk memohon jawatan seperti yang dinyatakan ialah
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan; dan
- Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan bagi jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi ialah pada 29 Julai 2021 pukul 12 tengah hari.