Exam Online Pembantu Tadbir N19 (Perkeranian/Operasi)

pembantu tadbir n19


Tahniah dan Syabas kepada calon-calon yang berjaya dipanggil untuk menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE). Anda sekarang sudah selangkah untuk mencapai cita-cita anda. 

[Baca] Panduan EXAM Penolong Jurutera JA29

Calon-calon yang layak menduduki peperiksaan Pembantu Tadbir N19 sudah tentu sudah bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan ini pada 12 Ogos 2021 nanti seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Calon Exam Pembantu Tadbir N19 usah risau kerana anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan panduan dan rujukan soalan peperiksaan. Kami di Tim Infokerjaya akan membantu anda untuk mendapatkan gambaran awal tentang peperiksaan ini.

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut tentang persediaan yang perlu dilakukan bagi menduduki exam online Pembantu Tadbir N19 ini, jom kita baca deskripsi tugas Pembantu Tadbir N19 ini.

Pembantu Tadbir N19 bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Format Exam Pembantu Tadbir N19 


Terdapat 2 seksyen yang terlibat dalam Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N19 iaitu, 

  • Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah 
  • Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris 

Daya Menyelesaikan Masalah


Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaian masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, menginterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini juga menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.


Kefahaman Bahasa Inggeris


Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa Inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan ini adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa Inggeris.

Panduan Exam Pembantu Tadbir N19


Rujukan khusus untuk peperiksaan PEMBANTU TADBIR N19 untuk sesi peperiksaan 12 OGOS 2021 bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu. Soalan bocor ke ramalan tu bukan tahap orang yang nak bekerja di sektor awam. Lebih-lebih lagi untuk jawatan PEMBANTU TADBIR ini. Tinggalkan mereka yang masih ada mentaliti ini. Kita nak masuk zaman pekerjaan. Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan tahun ini.

Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain. Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor (ada ke?) Tapi anda fokus kepada persediaan untuk jawat jawatan PEMBANTU TADBIR N19 ini.



Bagaimana Rujukan Ini Bantu anda?


Jimat masa anda!

Menjimatkan masa anda! Kami bantu anda dengan penyediaan Nota-Nota ringkas untuk persediaan pantas anda terutamanya nota berkaitan Matematik! Anda bakal jimat 72 JAM!

Tahu bagaimana soalan ditanya!

Bagaimana soalan ditanya! Kami bantu anda untuk buang gugup + 'blur' peperiksaan online nanti. Contoh-contoh soalan dibina untuk memberikan gambaran jelas kepada anda bagaimana soalan ditanya.

Huraian format terkini

Jelas format 2019! Jika anda menggunakan rujukan 2013 - 2017, anda akan mengalami kerugian besar. Format telah diubah! Kami bantu anda faham format terkini!

Persediaan Sebelum Menduduki Exam 


Sebelum itu, apa persediaan yang perlu dilakukan untuk menduduki exam Pembantu Tadbir N19? Antara persediaan yang boleh dilakukan ialah

  • membuat persediaan yang rapi
  • membuat rujukan yang tepat
  • mempunyai keyakinan yang tinggi
  • berdoa dan pengharapan yang memuncak

Guna rujukan teras ini, sebelum menduduki peperiksaan online bagi Pembantu Tadbir N19



pembantu tadbir gred n19




LihatTutupKomentar