Jawatan Kosong Penolong Juruukur Bahan JA29
Untuk makluman kepada semua pencari kerja di Malaysia seperti pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan sijil, lepasan diploma, lepasan ijazah dan lain-lain kepakaran dan kemahiran, terdapat kekosongan jawatan di Kementerian Kerja Raya Malaysia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, Keterampilan yang baik, Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan., Bakat kepimpinan, Ciri-ciri jati diri yang cemerlang dan Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan. untuk mengisi jawatan berikut:
- Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak, menyedia perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Syarat Lantikan
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan jawatan kosong di SPA perlulah dilakukan secara online melalui laman rasmi SPA atau melalui pautan di bawah
Tarikh Akhir Permohonan
Tarikh akhir permohonan bagi jawatan kosong Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 ialah pada 18 Ogos 2021