Jawatan Kosong Deputy Director, SEAMEO Thailand
Makluman kepada semua pencari kerja di Malaysia seperti pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan sijil, lepasan diploma, lepasan ijazah, Master, PhD dan lain-lain kepakaran dan kemahiran, terdapat kekosongan jawatan di Pejabat Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand
Penafian: Blog ini hanya menyiar ulang jawatan dengan tujuan memberi maklumat sahaja. Untuk permohonan jawatan, kami akan bawa anda kepada portal rasmi majikan seperti yang diiklankan
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa (BPSHA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengenal pasti calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk dicalonkan secara peminjaman sebagai Deputy Director (Programme and Development) di Pejabat Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand.
Semua permohonan adalah tertakluk kepada kelayakan serta kontrak yang ditawarkan oleh Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:
- Iklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A;
- Borang Permohonan KPM seperti di Lampiran B
- Post Description seperti di Lampiran C;
- Job Application Form seperti di Lampiran D;
- SEAMEO Secretariat Staff Rules and Regulations seperti di Lampiran E; dan
- Privileges of Professional Staff seperti di Lampiran F.
Sehubungan itu, calon-calon yang berminat dan menepati kriteria boleh mengemukakan permohonan kepada Sektor Pelbagai Hala/Serantau sebelum atau pada 8 Oktober 2021 (Jumaat) melalui emel sharizad.sulaiman@moe.gov.my dan husaini.ghazali@moe.gov.my atau di alamat berikut:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, Blok E8, Kompleks E
Pusat Pentadbiraan Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Sektor Pelbagai Hala/Serantau)
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Cik Sharizad binti Sulaiman di talian 03-8884 6196 atau emel: sharizad.sulaiman@moe.gov.my.
Tarikh Akhir Permohonan
Tarikh akhir permohonan bagi jawatan kosong seperti di atas ialah pada 8 Oktober 2021